Monday 14 March 2016

TRIP PULAU PERHENTIAN - PART 1....



Percutian ke Pulau Perhentian nie plan dari last year lagi….
Mula2 kami buat untuk group assignment kami ja…
Tapi biasa la, namapun planning…
Mula-mula ramai…dah dekat nak pi…masing2 ada hal…
Akhirnya…hanya tinggal mereka2 yang gigih saja…




Zally pernah tagged kat aku pasai ni...
Actually...aku setuju sangat2...




To be honest, aku memang sangat berharap plan ni menjadi…
Sebab aku perlukan vacation sangat2…
Lepas abis kursus intensif kat USM….kampoi keja masa aku cuti kat USM….
Memang aku sangat2 stress….


Plan percutian nie juga memang senyap2 ja…
Kat Bff aku pun tak story….
Bukan apa, takut tak menjadi…
Time tu takut malu kena gelak ja la…


Tarikh nie dah di tunda sebanyak 2 kali…
So, memang harap sangat la boleh pi jugak2…
25 hingga 28 Februari 2016…tu date yang Zally pilih…
Untuk merealisasikan plan percutian ni, macam2 halangan kami tempuh…
2 hari sebelum nak pi, awal pagi Zally dah tagged kat FB…
Ada gegaran kecil berlaku kat area Pantai Timur…
Aku dah cuak….laju ja aku Tanya Zally…’so, kita nak pi jugak ka?’
Dan dengan laju jugak Zally jawab….’proceed as per planned…’


Sebabkan trip ni Nizam dgn Mar yang uruskan…
Aku minta depa tanyakan kat agent di sana…
Samaada situasi ok ka tidak?
Sebabkan tak dak feedback yg bukan2…kami teruskan juga percutian ni….


Pagi 25 Feb tu, kul 7 aku dah gigih drive dari PB ke Seberang Jaya…
Janji dengan Zally jam 8 pagi kat Hospital Seberang Jaya…
Tapi last minit bila tau aku ada kat Petronas, dia cakap nak pick up aku kat situ…
Pagi yang mudah bagi kami…
Naik ja keta Zally…mood aku dah gumbira…
Dalam hati cakap…Alhamdulillah, jadi juga plan cuti2 ni…


Aku cut short ja la citer nie…
Sebabkan kami berasingan dengan Mar dgn Nizam…
So, kami jalan ja dulu…lagipun nak cari tempat breakfast…
Tapi malangnya, semua kedai boikot Zally…semua tutup…. 
Last2 kami breakfast cum lunch kat Kuala Long…
Sambil tu tunggu Mar dgn Nizam sekali…


On the same time, Shah plak jemput kami makan kat umah dia…
Rezeki sungguh…tq Shah dan makcik…jamu kami makan sedap2…
Pas kluar dari umah Shah, sambung perjalanan ke Machang…
Plan 1st night memang tidoq kat homestay Machang…
Homestay tepi Hospital Daerah Machang…
Semua urusan homestay dgn pakej di Perhentian…
Memang totally Nizam yang uruskan…
Kami just bawak baju n badan ja…


Malam 1st tu kami pi makan & just pi pusing Wakaf Che Yeh ja…
Jauh jugak la perjalanannya…
Tapi dah sampai Kelantan…takkan tak jalan kot…
Itu ja la agenda kami malam tu…


2nd day….berkobar-kobar dah ni…
Pagi nie memang kena gerak awai…
Target nak naik bot jam 9.30 pagi…
Keluar jam 7, breakfast dulu n pegi pick up Shah…
Sampai kat Jeti Kuala Besut lewat sikit….
Kami tengok ramainya yang nak ke Perhentian…
Semua tengah tunggu bot…




Jeti Kuala Besut...




 Tengok bot banyak2..terus rasa bersemangat...



Dugaan muncul lagi…
Ombak kuat dan Jabatan Laut tak benarkan bot kecik untuk pi ke Pulau Perhentian…
Kami gigih menunggu…dari pagi merangkak sampai ke petang…
Tapi sebabkan memang nk sangat pi…gagah la jugak tunggu…
Agent belum bagi kata putus…
Depa pun tunggu kata putus dari Jabatan Laut…
Makin ramai pelancong yang heret beg balik…


Aku salute dengan geng2 aku nie…
Walaupun berdepan macam2 dugaan, tapi kami masih seia sekata…
Nizam galas tanggungjawab sebagai ketua…
Dia berurusan dengan agent yg jugak kawan dia…
Setiap masa Nizam akan update kami…
Sampaikan ada 1 masa…aku cakap…’alamak, Nizam dah mai…apa pulak cita nie?’


Dalam mengharungi dugaan macam ni…
Zally dah siap suh pikiaq back up plan…
Kalau tak leh pi Perhentian…kita nak pi mana pulak…
Aku cam biasa la…muncung skit…sambil cakap…
Tak mau balik kosong…nak pi Perhentian jugak…
Maybe instinct aku kuat…aku tak update status pun nak pi mana…
Aku just update ada kat area mana ja…
Rupanya memang ada bagusnya…


Dalam pada tu, ramai yang dah angkut beg blah dari situ…
Kami masih setia…lapaq, mengantuk n penat…memang terasa sgt….
Waktu kami tgh lepak makan kopok lekor…
Nizam datang n maklumkan…
Memang tak leh pi hari ni…
Sedih la jugak…sebab dah beria sgt nak pi…


Plan seterusnya, pikiaq nak lepak mana malam nanti…
Kami mmg takdak booking mana2 tempat sbb mmg ingat boleh start pakej di Perhentian hari nie…
Nizam usaha carikan homestay dengan bantuan kawan dia…
Berkat kesabaran…akhirnya Nizam dapat homestay di kawasan berdekatan…
Kata Nizam, esok pagi jam 7 kami dah kena ada di Jeti…
Kami terima n redha ja tak dapat pi untuk hari tu…
Dengan badan yang penat…memang pikiaq nak rehat ja…


Kami dapat homestay kampung…
Cantik sangat…suasana kampung sungguh…
Baru semalam sembang dengan Zally pasai zaman kecik2 dulu…
Duduk di kampung dengan telaga bagai…
Hari nie, dapat merasa umah kampung camnih…
Dengan angin menderu-deru…




Ini la homestay kampung yang aku cakap...
Luas, besaq dan murah...


Petang tu Boy gaduh nak tengok pantai…
Dia quiry sebab sepatutnya hari nie kami dah patut ada di Perhentian…
So, petang tu…lepas berehat kejap…
Minta tolong abang agent tu bawak kami ke pantai yg terdekat…
Dapatla tengok pantai n bergambar…



Ibu anak 3 ni pun teruja melompat...



Get ready nak melompat...




Ok...bukan budak2 ja suka amik gambar lelompat camnih ya...
Hat tua2 bangka cam kami pun tetap jugak gedixx...
Layan hati....memandangkan tak boleh nak jejak Pulau Perhentian ari ni...




Malam tu pas keluar makan, semua pakat masuk bilik…
Masing2 dah penat dan misi esok akan bermula awai pagi…
Hari ketiga yang super duper challenging…


Ok...to be continue...
















THANK YOU FOR READING THIS ENTRY!

No comments:

Post a Comment

ALL COPYRIGHTS RESERVED TO RESPECTIVE OWNER ~ IeDaa SuZiEaNNa ~